Sunday, 11 August 2013

PENGALAMAN YANG AMAT BERHARGA BUAT INSAN ISTIMEWA

Di sini  saya ingin berkongsi pengalamna bersama kawan-kawan , terutama mereka yang mengajar kanak-kanak Istimewa masalah pembelajaran, Saya rasa ianya sangat menarik untuk kita fikirkan bersama dan jika baik bolehlah kita lakukkan kepada pelajar kita. Saya telah lama mengajar pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran sejak 1999 lagi ,
                 Pada mulanya memanglah satu tugas yang amat menyakitkan sebagai keorang guru pendidikan khas,selama beberapa tahun saya sentiasa mencari klu untuk mengajar kanak-kanak ini, saya sering berdoa agar diberikan petunjuk untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak ini, dan akhirnya saya melanjutkan pelajaran sehingga mendapat Ijazah dalam bidang ini dan saya ditempatkan di salah sebuah sekolah menengah d iPahang , walaupun begitu saya masih tercari cari jalan bagai mana untuk memberikan kebahagian kepada kanak-kanak ini agar mereka dapat berfikir seperti pelajar yang normal, Setelah bebrapa tahun saya mengajar saya masih tercari cari apa yang saya impikan , sehinggalah pada suatu masa dalam bulan ramadhan baru ini berlaku suatu perkara yang tidak saya duga.
         Pada pagi itu seperti biasa saya akan mengajar iqra pada pelajar saya sebelum memeulakan pelajaran mengikut jadual, Pelajar saya masih tersekat-sekat dalam membaca iqra 3 tu , jadi perasaan marah saya mula  dan saya mula mendiamkan diri. Saya tidak menunjukkan kesilapan yang dilakukkan oleh pelajar saya semasa bacaan tersebut. akhirnya saya tak tahan sabar dan saya mengambil keputusan menunujjukan sedikit saja apa yang salah dan bertanya mengapa salah, kemudian saya terus diam. selepas dari init pelajar saya begitu bersemangat untuk terus membaca iqra.saya terus melakukkan tindakan yang sama tiap kali pelajar saya silap, akhirnya saya dapati dia semakin lancar, dan dia lebih cepat menghabiskan bacaan dan beralih muka surat , dalam masa dua minggu dia dapat menghabiskan baki iqra 3 , saya amat teruja dan bersyukur apa yang saya cari selama ini telah berjumpa , mudahan pelajar saya dapat belajar seperti mana pelajar lain.
       Lanjutan dari itu saya telah aplikasikan kepada mata peljaran lain, saya mengajat metematik, selama saya mengajar tsjuk ysng psling suksr adalah sifir, saya amat risau jika saya mengajar sifir,tapi tanpa saya dugaa apabila saya muilakan mengajar sifir peringkat demi peringkat akhirnya dalam masa beberapa jam pelajar dapat mendarap nombor ratus dengan satu digit dengan congak ,Alhamdullillah, air mata ku mengalir kegembiraan subhanallah saya bersyukur atas nikmat mu Yaallah,
        sekarang cuti sekolah rasanya tidak sabar lagi saya ingin berjumpa dengan pelajar untuk mengjar mereka, banyakl lagi yang oerlu mereka pelajari untuk menjadi orang yang matang perlu ada kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.