Sunday, 11 August 2013

PENGALAMAN YANG AMAT BERHARGA BUAT INSAN ISTIMEWA

Di sini  saya ingin berkongsi pengalamna bersama kawan-kawan , terutama mereka yang mengajar kanak-kanak Istimewa masalah pembelajaran, Saya rasa ianya sangat menarik untuk kita fikirkan bersama dan jika baik bolehlah kita lakukkan kepada pelajar kita. Saya telah lama mengajar pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran sejak 1999 lagi ,
                 Pada mulanya memanglah satu tugas yang amat menyakitkan sebagai keorang guru pendidikan khas,selama beberapa tahun saya sentiasa mencari klu untuk mengajar kanak-kanak ini, saya sering berdoa agar diberikan petunjuk untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak ini, dan akhirnya saya melanjutkan pelajaran sehingga mendapat Ijazah dalam bidang ini dan saya ditempatkan di salah sebuah sekolah menengah d iPahang , walaupun begitu saya masih tercari cari jalan bagai mana untuk memberikan kebahagian kepada kanak-kanak ini agar mereka dapat berfikir seperti pelajar yang normal, Setelah bebrapa tahun saya mengajar saya masih tercari cari apa yang saya impikan , sehinggalah pada suatu masa dalam bulan ramadhan baru ini berlaku suatu perkara yang tidak saya duga.
         Pada pagi itu seperti biasa saya akan mengajar iqra pada pelajar saya sebelum memeulakan pelajaran mengikut jadual, Pelajar saya masih tersekat-sekat dalam membaca iqra 3 tu , jadi perasaan marah saya mula  dan saya mula mendiamkan diri. Saya tidak menunjukkan kesilapan yang dilakukkan oleh pelajar saya semasa bacaan tersebut. akhirnya saya tak tahan sabar dan saya mengambil keputusan menunujjukan sedikit saja apa yang salah dan bertanya mengapa salah, kemudian saya terus diam. selepas dari init pelajar saya begitu bersemangat untuk terus membaca iqra.saya terus melakukkan tindakan yang sama tiap kali pelajar saya silap, akhirnya saya dapati dia semakin lancar, dan dia lebih cepat menghabiskan bacaan dan beralih muka surat , dalam masa dua minggu dia dapat menghabiskan baki iqra 3 , saya amat teruja dan bersyukur apa yang saya cari selama ini telah berjumpa , mudahan pelajar saya dapat belajar seperti mana pelajar lain.
       Lanjutan dari itu saya telah aplikasikan kepada mata peljaran lain, saya mengajat metematik, selama saya mengajar tsjuk ysng psling suksr adalah sifir, saya amat risau jika saya mengajar sifir,tapi tanpa saya dugaa apabila saya muilakan mengajar sifir peringkat demi peringkat akhirnya dalam masa beberapa jam pelajar dapat mendarap nombor ratus dengan satu digit dengan congak ,Alhamdullillah, air mata ku mengalir kegembiraan subhanallah saya bersyukur atas nikmat mu Yaallah,
        sekarang cuti sekolah rasanya tidak sabar lagi saya ingin berjumpa dengan pelajar untuk mengjar mereka, banyakl lagi yang oerlu mereka pelajari untuk menjadi orang yang matang perlu ada kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Saturday, 30 March 2013

Kasih dan Sayang
Kasih dan sayang umum amat mengetahui.Sebuah rumah tangga yang dipenuhi kasih dan sayang anak-anak akan membesar dengan sihat dan sentosa,rumah tangga menjadi aman. Masyarakat yang tumbuh dengan kasih sayang akan melahirkan suasana aman dan tenteram, negara yang terbina dengan kasih sayang akan lahir rakyat yang dan produktif. Seorang ibu amat menyayangi anak-anaknya,. seorang bapa amat menyayangi keluarganya sehingga sanggup berkorban tenaga, siang atau malam untuk menyara kehidupan keluarganya.
Kasih sayang ini sebenarnya adalah sifat Allah yang Allah pertaruhkan ke dalam dada hambanya.Sesungguhnya Allah mentadbir alam ini dengan kasih sayangnya, sehingga makhluknya tidak nampak atau merasai  kepanasan kasihNya terlhadap hambanya. Didalam AlQuran Allah beberapa kali menyatakan Sedikit sekali manusia yang bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya. Yaalah jadikanlah kami orang yang yang bersyukur..Nikmat yang besat itu adalah iman dan amal , dan nikmat yang berpanjangan hidup di dunia ini adalah tujuh anggota badan.


Katogeri Pelajar Bermasalah Pembelajaran

Autisme

Ciri-ciri Perlakuan yang bongkak
Ketawa dengan tiba-tiba
Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
Tidak mengenali bahaya.
Tidak merasai kesakitan.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Permainan yang luar biasa.
Tidak mahu didakap.
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Berkelakuan seperti orang pekak.
Tiada perhubungan mata bila bercakap.
Memutar barang.
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
Tingkahlaku aktif keterlaluan.
Tidak mahu terima pelajaran biasa.
Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
Takut dan cemburu berlebihan.
Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
Bentuk muka yang kecil.
Bahagian kepala leper.
Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
Majoriti berambut lurus dan lembut.
Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
Berbadan gembal dan rendak.
Badan yang agak bongkok.
Suka bermanja, bermain dan gembira.
Dapat bergaul dengan baik.
IQ di antara 30 hingga 80.
Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir. 


Cacat Akal Ringan

Ciri-ciri
1. Adiot
Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil
Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

3. Moron
Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab
Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.



Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
Sukar bernafas.
Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
Selalu menangis.
Sukar bercakap dan memahami orang lain.
Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
Tidur yang berlebihan.
Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

 Hyperaktif

Ciri-ciri
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
Tidur yang tidak tetap.
Terlalu kerap menangis atau ketawa.
Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Hypoaktif
Murang dan menyendiri.
Aktiviti fizikal yang pasif.
Tiada respond pada persekitaran.
Suka termenung.
Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
Menundukkan muka bila nama dipanggil.
Suka bermain sendirian.
Suka berkhayal.
Spastik
Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
Tidak berupaya mengangkut badan.
Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
Tidak berupaya memegang objek.
Tidak berupaya mengurus diri.
Kebolehan yang luar biasa.
Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
pergaulan dengan kanak-kanak lain.
Perkembangan bahasa yang lambat.
Perbendaharaan kata yang kemas.
Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
Suka mencari helah.

Thursday, 5 July 2012

Ramai ahli masyarakat  yang masih belum memahami tentang pendidikan khas. sebenarnya sebahagian dari mereka masih mempunyai keupayaan untuk belajar ,namun ia perlu mempunyai kaedah tertentu bagi menarik perhatian kanak-kanak ini. Guru yang berjaya menarik perhatian mereka dan juga berjaya mengenali masalah yang dihadapi dalam pelajarannya ,akan memberikan hasil yang baik dalam dalam membentuk pelajarnya. Disamping itu memahami langkah-langkah pengajaran akan memberikan nilai tambah keberkesanan guru dalam mencapai objektif pengajarannya pada hari itu.
Pengajaran yang diselang salikan dengan humor akan memberikan kesedaran dan keseronokan belajar di dalam kelas yang amat tertekan ini.. Sebenarnya pelajar ini amat memerlukan bantuan dalam mendapatkan memahami ilmu yang disampaikan. mereka juga amat bersemangat untuk belajar , Mereka juga ingin berjaya dalam pelajaran seperti pelajar diarus perdana. Berikan mereka peluang mendapat kepuasan apabila mereka dapat menyiapkan satu-satu tugasan dan mendapat perhatian dari guru.

Program ini telah dimulakan pada 1 April 2000 oleh En Khalil Safri Bin Adam yang merupakan tenaga pengajar yang pertama program ini di sini.Kelas ini telah diuntukkan oleh pihak sekolah kepada En Mohd Khalil sebagai kelas untuk melaksanakan program ini. Bermula  dari  sebuah kelas dengan keadaan yang serba kekurangan ,akhirnya atas usahanya kelas ini dapat dijadikan sebuah kelas yang kondusif untuk berlakunya proses pembelajaran di sini. Dan usaha ini telah diteruskan oleh  penyelaras selanjutnya iaitu tuan Haji Mohd Noh.Kelas ini menjadi semakin bertambah besar manakala pelajarnya turut bertambah setiap tahun. kini pelajarnya telah menjangkau seramai 21 orang. manakala 5 orang pelajarnya kini berada dalam kelas inklusif penuh dalam tingkatan dua dan tiga.
Pada masa sekarang program ini mempunyai 3 kelas dengan 3 tenaga pengajar dan seorang pembantu pengurusan murid.. Beberapa kemudahan telah diperolehi samada dengan membeli sendiri dan peruntukkan oleh pihak kementerian telah melengkapkan kemudahan di dalam program ini



catatan


        Ramai ahli masyarakat  yang masih belum memahami tentang pendidikan khas. sebenarnya sebahagian dari mereka masih mempunyai keupayaan untuk belajar ,namun ia perlu mempunyai kaedah tertentu bagi menarik perhatian kanak-kanak ini. Guru yang berjaya menarik perhatian mereka dan juga berjaya mengenali masalah yang dihadapi dalam pelajarannya ,akan memberikan hasil yang baik dalam dalam membentuk pelajarnya. Disamping itu memahami langkah-langkah pengajaran akan memberikan nilai tambah keberkesanan guru dalam mencapai objektif pengajarannya pada hari itu.




                 Pengajaran yang diselang sali kan dengan humor akan memberikan kesedaran dan keseronokan belajar di dalam kelas yang amat tertekan ini.. Sebenarnya pelajar ini amat memerlukan bantuan dalam  memahami ilmu yang disampaikan. mereka juga amat bersemangat untuk belajar , Mereka juga mempunyai keinginan untuk  berjaya dalam pelajaran seperti pelajar diarus perdana. Berikan mereka peluang mendapat kepuasan apabila mereka dapat menyiapkan satu-satu tugasan dan mendapat perhatian dari guru.
Seorang guru atau tenga pengajar yang berjaya memerlukan kefahaman yang mendalam tentang kanak-kanak ini. Setiap pelajar mempunyai masalah yang berlainan. Seorang guru atau tenaga pengajar harus bijak dalam mentafsir masalah yang dikenalpasti dan merancang pengajaran dengan baik. Guru atau tenaga pengajar perlu memberikan kegembiraan pada pelajar, Ini adalah baik untuk emosi  pelajar,