Thursday, 5 July 2012


Program ini telah dimulakan pada 1 April 2000 oleh En Khalil Safri Bin Adam yang merupakan tenaga pengajar yang pertama program ini di sini.Kelas ini telah diuntukkan oleh pihak sekolah kepada En Mohd Khalil sebagai kelas untuk melaksanakan program ini. Bermula  dari  sebuah kelas dengan keadaan yang serba kekurangan ,akhirnya atas usahanya kelas ini dapat dijadikan sebuah kelas yang kondusif untuk berlakunya proses pembelajaran di sini. Dan usaha ini telah diteruskan oleh  penyelaras selanjutnya iaitu tuan Haji Mohd Noh.Kelas ini menjadi semakin bertambah besar manakala pelajarnya turut bertambah setiap tahun. kini pelajarnya telah menjangkau seramai 21 orang. manakala 5 orang pelajarnya kini berada dalam kelas inklusif penuh dalam tingkatan dua dan tiga.
Pada masa sekarang program ini mempunyai 3 kelas dengan 3 tenaga pengajar dan seorang pembantu pengurusan murid.. Beberapa kemudahan telah diperolehi samada dengan membeli sendiri dan peruntukkan oleh pihak kementerian telah melengkapkan kemudahan di dalam program ini



catatan


        Ramai ahli masyarakat  yang masih belum memahami tentang pendidikan khas. sebenarnya sebahagian dari mereka masih mempunyai keupayaan untuk belajar ,namun ia perlu mempunyai kaedah tertentu bagi menarik perhatian kanak-kanak ini. Guru yang berjaya menarik perhatian mereka dan juga berjaya mengenali masalah yang dihadapi dalam pelajarannya ,akan memberikan hasil yang baik dalam dalam membentuk pelajarnya. Disamping itu memahami langkah-langkah pengajaran akan memberikan nilai tambah keberkesanan guru dalam mencapai objektif pengajarannya pada hari itu.




                 Pengajaran yang diselang sali kan dengan humor akan memberikan kesedaran dan keseronokan belajar di dalam kelas yang amat tertekan ini.. Sebenarnya pelajar ini amat memerlukan bantuan dalam  memahami ilmu yang disampaikan. mereka juga amat bersemangat untuk belajar , Mereka juga mempunyai keinginan untuk  berjaya dalam pelajaran seperti pelajar diarus perdana. Berikan mereka peluang mendapat kepuasan apabila mereka dapat menyiapkan satu-satu tugasan dan mendapat perhatian dari guru.
Seorang guru atau tenga pengajar yang berjaya memerlukan kefahaman yang mendalam tentang kanak-kanak ini. Setiap pelajar mempunyai masalah yang berlainan. Seorang guru atau tenaga pengajar harus bijak dalam mentafsir masalah yang dikenalpasti dan merancang pengajaran dengan baik. Guru atau tenaga pengajar perlu memberikan kegembiraan pada pelajar, Ini adalah baik untuk emosi  pelajar,

No comments:

Post a Comment